Followers

Friday, June 1, 2012

Jangan naik lift kolej selepas 3am

3.00 a.m, aku rasa lapar sangat. nak buat maggi tapi makanan dah habis kat dlm bilik ni. so i decided to sms Sarah Rahim, tanya kalau ada maggie lebih tak. dia kata ada. so ak kata nak pegi bilik dia mintak maggie satu, dia pun offer baik punya. aku tak tau la, aku lapar sangat kot sampai aku lupa it was not a good time to be outside the room after 3.00 a.m. Sarah kata bilik dia kat tingkat 9. aku pun bersiap la nak pegi bilik dia, keluar dari bilik, kunci pintu. terus p tempat lift. otw p lift tu, aku tak tau la, senyap je, tapi mcm ada bunyi slipper dari arah belakang aku, aku pun apa lagi, langkah jadi laju, tapi takdelah sampai lari. aku ingat kejadian ni sampai lift je, rupanya kat sini lah semua nya bermula. aku tekan button naik, tunggu la dlm beberapa saat, aku dah cuak takut2 bunyi slipper tu kluar balik. tiba2 lift tengah sebelah kiri (dari pintu A) terbuka, dan terbuka sangat perlahan, perlahan sangat macam ada orang cuba paksa buka pintu lift tu. aku dah mula rasa tak sedap hati. aku kuatkan hati untuk masuk lift tu tapi belum sempat aku masuk, pintu lift tu tertutup dengan sangat laju dan kuat. aku punyalah terkejut macam nak jatuh jantung ni. =(

(aku lupa nak mention, lepas je lift tutup, aku jadi gelabah, aku amik hp cuba call Sarah, tapi pelik sket sbb aku cari2 number sarah, xde lah plak dlm direktori ak, aku cari Sajarul la pulak, sama jugak, xde dlm direktori hp.) aku tak kira, aku nak terus naik p rumah sarah atau balik bilik dan dikejar balik oleh slipper misteri tadi. sial la. aku pilih utk naik tangga. syukur lah tangga takde pa pe. sampai je tingkat 9, creepy gilaaaaaaa!!! lampu koridor kat bilik Sarah rosak, sampai aku terpaksa guna torchlight hp. aku macam dlm filem hantu dah. nasib baik jumpa bilik dia. aku ketuk, dia cepat2 buka. aku terus masuk, pastu ceritakan kat dia.

3.20 a.m. mcm mana aku nak balik? macam nak nangis je. Sarah offer nak hantar, tapi aku tak nak lah susahkan dia. so aku pilih untuk balik sorang. syukurlah takde pape yg berlaku, MUNGKIN SEBAB AKU TAK NAIK LIFT TU MASA BALIK BILIK dan number Sarah & Sajarul tiba2 muncul semula bila aku dah sampai bilik DENGAN SELAMAT.

2 comments:

  1. seram seyh baca kisah ko ni..nasib baik cuti dah nak habis and org dah ramai kat hostel mawar nih..

    ReplyDelete